Uzbekistan Hadapi Malaysia Dengan Jurang Persiapan Besar
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Jaguh Asia Tengah, Uzbekistan melaungkan keyakinan untuk bertemu Malaysia bagi aksi pembukaan Piala Asia B-23 di Qatar.

Kedua-dua pasukan bertemu buat kali pertama dalam kejohanan berprestij ini sambil ketua jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze yakin dengan persiapan pasukannya.

Beliau juga sedia untuk memastikan bahawa anak didiknya mampu untuk mengulangi pencapaian tahun 2018 untuk muncul juara dan layak ke Olimpik di Paris pada tahun 2024.

Advertisements

“Kita ada sasaran jelas untuk memenangi kejohanan ini tetapi peluang juga terbuka untuk pasukan lain. Kita tidak menghadapi sebarang kecederaan dan bersedia untuk aksi kali ini.”

“Kami sudah bersedia untuk kejohanan kali ini agak lama dan mahu mencapai sasaran kami. Perlawanan pembukaan sangat penting, kami kahu memang dengan yakin tetapi dalam masa yang sama, kami menghormati Malaysia,” jelasnya dalam sesi sidang media pra-perlawanan.

Skuad muda negara pula hanya mengharungi tempoh persiapan singkat namun ketua jurulatih, Juan Torres yakin bahawa anak buahnya akan memberikan yang terbaik di Qatar.

Advertisements

“Kami gembira untuk berada di sini. Saya teruja untuk memperbaiki keputusan lepas. Persiapan kami berlangsung baik sungguhpun singkat. Kami teruja untuk bertemu pasukan seperti Uzbekistan.”

“Pemain mahu bermain dalam kejohanan ini dan bermotivasi untuk menentang lawan seperti Uzbekistan,” jelas Juan Torres kepada media.

Bekas pengendali Akademi Granada CF ini mahu memastikan anak buahnya berjaya mencapai prestasi terbaik berdepan lawan yang hebat seperti Uzbekistan.

Advertisements

Rekod tiga edisi lalu menyaksikan Malaysia pernah mara ke suku akhir pada tahun 2018 sementara Uzbekistan muncul juara pada tahun 2018, naib juara tahun 2022 dan ke-4 pada tahun 2020.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram