Venue Pestabola Merdeka Bakal Ditukar?
Harimau Malaya
FA Singapore
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mempertimbangkan beberapa venue lain bagi menganjurkan Pestabola Merdeka.

Pengajuran edisi ke-42 kejohanan berprestij di Malaysia ini pada awalnya memilih Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue rasmi pertandingan.

Namun begitu, stadium tersebut kini sedang diselenggara dengan proses penukaran rumput sedang dijalankan.

Advertisements

Menurut kenyataan FAM, mereka mempunyai pelan lain sekiranya proses penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak dapat disiapkan seperti yang ditetapkan iaitu sebelum saingan Pestabola Merdeka bermula Oktober depan.

“Proses pembaikan Stadium Nasional Bukit Jalil telah berlangsung dan saya difahamkan hujung bulan Ogos ini akan selesai.”

“Kita bagaimanapun sentiasa bersedia dengan pelan B kalau penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat disiapkan.”

Advertisements

Venue alternatif tersebut masih belum dinamakan secara rasmi sungguhpun FAM sudah memiliki persiapan rapi untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

“Kita masih belum namakan lagi (venue). Sampai masanya (sekiranya tidak dapat disiapkan) kita akan beritahu. Dalam FAM kita sentiasa bersedia dengan pelan B,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed.

Dalam kejohanan tersebut, anak didik Kim Pan-gon dijadualkan bertemu pasukan ke-99 dunia, India dengan pasukan mensasarkan untuk menjadi juara pertandingan ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram