“Kenari tetap Kenari, Kita pernah terbang tinggi dan kita pernah jatuh, tapi kita tidak pernah hilang ayat keramat “Pulun Kedah Pulun”
Itulah kata-kata dari salah seorang peminat bola sepak Kedah dari ruangan komen TikTok Kedah Darul Aman.
Video penuh emosi itu dari pasukan Kedah Darul Aman di laman sosial TikTok ajak peminat ke Stadium mengundang sebak ramai orang.
Sebelum ini tular di laman pelbagai laman sosial yang menyatakan bahawa Kedah bakal tinggalkan Liga Malaysia pada musim hadapan.
Walaubagaimanapun, pemilik Kedah Darul Aman, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menyangkal dakwaan itu. Beliau menjelaskan bahwa pembubaran pasukan tidak pernah ada dalam perancangan pasukan.
Untuk rekod, pada baki aksi saingan Liga Super 2025 ini Sang Kenari gagal mendapatkan kemenangan malah, tewas dalam lima perlawanan berturut-turut.
Sang Kenari akan beraksi menentang Sabah bagi perlawanan terakhir dalam saingan Liga Super musim ini.
Ketika ini, Kedah berada di tangga ke-11 liga dengan 20 mata.