Video Perkenalan Akhyar & Safawi Terima Pujian Peminat
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Dua bintang negara, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid menjadi berita hangat dalam jendela perpindahan saingan Liga Super musim baharu ini. 

Duo daripada pasukan Johor Darul Ta’zim ini sah menyertai Terengganu bagi musim baharu Liga Super 2024 dengan status pinjaman.

Menerusi tinjauan MakanBola, video perkenalan bagi kedua pemain yang dipersembahkan oleh Terengganu FC menerima pujian ramai peminat. Ramai daripada penyokong tidak sabar mahu melihat aksi Safawi dan Akhyar di padang nanti. 

Advertisements

Bukan itu sahaja, video berdurasi 1 minit itu kini sudah hampir mencecah 1.3 juta tontonan. Rata-rata penyokong serta peminat pasukan Terengganu menyambut baik dan melontarkan respon positif terhadap kehadiran dua pemain tersebut.

Minit permainan menjadi faktor utama perpindahan dua pemain ini menerusi penjelasan dibuat di laman rasmi Terengganu. 

Liga Super 2024 akan bermula pada bulan Mei ini, pastinya kelibat dua pemain ini ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram