Vietnam membelasah skuad muda Laos dalam keadaan suka dan duka dengan keputusan 4-1.
Pasukan bimbingan Hua Hien Vinh tewas dua perlawanan awal menentang Australia sebelum hanya mampu seri berdepan Myanmar.
Usaha merekodkan kebangkitan bagaimanapun bermula apabila berjaya meledak jaringan awal menerusi percubaan kencang Nguyen Hoang Anh seawal 5 minit permainan.
Cubaan Laos untuk bangkit segera dipatahkan oleh Vietnam dengan satu lagi jaringan cantik menerjah jaring oleh Hoang Quang Dung pada minit ke-20 menewaskan Manpaseuth.
Laos tidak menyerah kalah apabila mengatur serangan balas pantas dan berhasil memperoleh satu jaringan menerusi Peter Phantavong.
Aksi babak pertama tamat 2-1 memihak Vietnam.
Bersambung babak kedua, Vietnam beraksi secara defensif untuk mengekalkan kelebihan jaringan yang dimiliki.
Percubaan jeneral Laos, Phimmasen dari jarak jauh berjaya dinafikan oleh Pham Dinh Hai memasuki 25 minit babak kedua untuk mengawal keadaan.
Vietnam menambah derita Laos dengan dua jaringan pada minit ke-78 dan 84 untuk menutup peluang Laos bangkit.
Tambahan masa 5 minit tidak mampu untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Vietnam menghuni tangga kedua Kumpulan B dengan 4 mata daripada 3 perlawanan manakala Australia muncul juara dengan 9 mata.
Kemenangan ini tidak mampu untuk membantu Vietnam layak ke pentas separuh akhir selepas hanya mampu mengumpul 4 mata.