Vietnam Umum 23 Pemain, Ada Xuan Son Hadapi Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Pasukan kebangsaan Vietnam mengumumkan senarai 23 pemain yang bakal dibawa menentang Malaysia.

Skuad kendalian Kim Sang-sik bakal menentang Harimau Malaya di laman sendiri dengan barisan terbaik bakal dibawa ke Nam Dinh.

Pengumuman daripada Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) menyaksikan seramai 23 pemain dipertaruhkan oleh Bintang Pahlawan Emas dengan tiga penjaga gol, Trang Trung Kien, Dang Van Lam dan Nguyen Fillip menjadi taruhan.

Bahagian pertahanan pula menyaksikan Vietnam membariskan pemain muda dan berpengalaman seperti Van Hau, Viet Anh, Quang Vinh, Dinh Trong, Do Duy Manh, Xuan Manh, Tien Anh, Ngoc Bao, Nguyen Van Vi dan Nhat Minh menjadi taruhan.

Tonggak tumpuan pada bahagian tengah Vietnam pula ialah Quang Hai, Thanh Long, Hai Long, Hoang Hen, Hoang Duc dan Van Khang.

Posisi serangan Vietnam pula menyaksikan beberapa pemain utama diberi kepercayaan seperti Tuan Hai, Gia Hung, Xuan Son, Viet Cuong.

Sebagai rekod, Malaysia mencatat kemenangan 4-0 menentang Vietnam pada Jun 2025 namun kemenangan itu dibatalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC, Jahangir Baglari itu mendapati bahawa FAM telah melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib & Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 berikut:

1- Malaysia lwn Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada 25 Mac 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 2-0; dan

2- Malaysia lwn Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun 2025 yang berkesudahan Malaysia menang 4-0.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC telah membuat keputusan bahawa Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 3-0 pada kedua-dua perlawanan tersebut berdasarkan Artikel 25.1 Kod Tatatertib & Etika AFC,” ujar kenyataan FAM.

Aksi Malaysia dan Vietnam dijadual pada 31 Mac 2026 jam 8.00 malam di Thien Thruong, Nam Dinh.