Advertising
Visi Tunku Ismail Dorong Peter Cklamovski Sertai Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Jurulatih baru Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan visi yang dimiliki DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mendorongnya menyertai pasukan itu.

Jurulatih berusia 46 tahun itu menyifatkan baginda sebagai seorang yang berwawasan. Ini kerana input dan visi baginda membawa kepada projek revolusi Harimau Malaya.

Ad

Atas sebab itu, bekas jurulatih FC Tokyo itu menyifatkan ia sebagai satu penghormatan untuk membawa skuad negara ke peringkat antarabangsa.

Ad

“Baginda seorang yang berwawasan. Tanpa semangat, keazaman dan visi baginda untuk projek ini, ia tidak akan menjadi seperti ini,” katanya selepas majlis pelancaran jersi baharu Harimau Malaya.

“Jadi, bagi saya yang melihat semangat dan keazaman baginda, ia satu keputusan yang mudah untuk saya (menerima tawaran melatih Harimau Malaya).”

Ad

“Ia satu penghormatan untuk mewakili baginda dan semua orang di Malaysia untuk membawa negara ini ke arah yang tepat.”

Ad

Cklamovski tiba di Kuala Lumpur pada 22 Januari lalu. Beliau menjadi jurulatih terbaru negara menggantikan pengendali Sepanyol, Pau Marti Vicente.

Ad

Selain FC Tokyo, Cklamovski pernah melatih skuad Australia Bawah 17 Tahun (B-17), Montedio Yamagata dan Shimizu S-Pulse.

Tugas pertamanya ialah aksi pertama Kumpulan F pusingan kelayakan ketiga Piala Asia 2027. Skuad negara akan menentang Nepal pada 25 Mac ini.