Wajah 5 Pemain Serikan Latihan Akhir JDT vs Sanfreece Hiroshima
MakanBola
Johor Southern Tigers

Wajah lima pemain dilihat menyerikan sesi latihan akhir, kurang 24 jam menjelang pertemuan Johor Darul Ta’zim – JDT vs Sanfreece Hiroshima.

Pasukan kendalian Xisco Munoz beraksi pada Pusingan 16 AFC Champions League Elite (ACLE) dalam misi untuk memecah rekod mara ke pentas suku akhir.

Pertemuan dengan jaguh dari Jepun itu membuka lembaran baharu buat kelab Selatan tanah air itu, dalam misi membawa bekalan selesa sebelum aksi timbal balik di Hiroshima.

Persiapan akhir juara bertahan Liga Super itu kelihatan begitu rapi dengan beberapa tonggak utama dikesan cergas sepenuhnya bagi perlawanan penting ini.

Antara pemain yang mencuri tumpuan ialah keberadaan trio penyerang berbisa JDT – Bergson, Jairo Da Silva dan juga Joao Figueiredo.

Bukan itu sahaja, keampuhan pertahanan JDT juga bakal dibantu dengan kekuatan pemain seperti Natxo Insa, Afiq Fazail dan juga Nene yang menjadi pilihan utama dalal skuad ketika aksi terakhir berdepan Vissel Kobe.

Tonggak tumpuan pada posisi pertahanan terarah kepada penjaga gol, Andoni Zubiaurre serta barisan pertahanan termasuk Eddy Israfilov, Raul Parra, Christian Glauder dan Jon Irazabal termasuk kepulangan Oscar Arribas.

Pertemuan terdahulu menyaksikan JDT tumpas di tangan Sanfreece 2-1 pada peringkat kumpulan dengan aksi Pusingan 16 dijadual pada 4 Mac 2026 jam 8.15 malam di Stadium Sultan Ibrahim.