Wajah Baru Ulsan Hyundai Bakal Gegar Asia
Asia
JST & Ulsan Hyundai
Advertisements

Ulsan Hyundai bakal berwajah baru apabila mengharungi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan K-League 1 pada tahun 2024.

Hari ini, The Tigers memperkenalkan logo dan nama baru kelab baru. Nama Ulsan Hyundai kini dikenali sebagai Ulsan HD.

Pengurusan kelab menyifatkan masa ini sebagai masa sesuai untuk memperkenalkan logo dan nama Ulsan HD kepada penyokong.

Advertisements

Ini kerana buat kali pertama dalam sejarah penubuhan kelab, The Tigers berjaya meraih kejuaraan liga dua kali berturut-turut.

Ini sekaligus diharap menjadi permulaan pembentukan dinasti trofi Ulsan di bawah bimbingan legenda Korea Selatan, Hong Myung-bo.

Advertisements

Ini termasuk memberi cabaran lebih besar dalam saingan ACL musim 2023-2024. Kali terakhir Ulsan bergelar juara ACL ialah pada 2020.

“Tahun ini buat kali pertama sejak ditubuhkan, kita telah meraih pencapaian kejuaraan K-League 1 dua tahun berturut-turut dan melakukannya sebanyak empat kali.

Advertisements

“Justeru, kita telah mengubah nama kelab dari Ulsan Hyundai kepada Ulsan HD FC dan mengubah logo kelab,” kata pihak pengurusan seperti dilaporkan Yonhap.

Proses pertukaran logo dan nama kelab itu telah mendapat kelulusan Liga Bola Sepak Profesional Korea (KPFL) dalam mesyuarat lembaga pengarah yang kelapan pada 4 Disember lalu.

Advertisements

Logo ringkas tetapi menonjol itu mengekalkan bentuk perisai yang digunakan pada logo sebelum ini. Logo tersebut turut menampilkan wajah harimau yang berwarna putih dan warna biru bagi melengkapkan imej baru Ulsan HD.

Logo baru ini bakal digunakan untuk semua produk yang berkaitan dengan The Tigers termasuk pakaian uniform dan cenderamata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram