Advertisements
Wakil China Di ACL, Zhejiang Berdepan Tunggakan Gaji
ACL
MakanBola
Zhejiang FC

Wakil China dalam saingan ACL, Zhejiang FC kini berdepan krisis terburuk dalam sejarah kelab mereka.

Titan Sports melaporkan kelab tersebut sudah bergelut dengan masalah kewangan sejak dua musim lepas.

Situasi mereka semakin buruk apabila salah satu daripada pemegang saham kelab, Greentown mengumumkan langkah menggantung pembiayaan kewangan untuk Zhejiang pada Januari lalu.

Sekiranya situasi ini tidak menemui jalan penyelesaian dengan segera, ramai penyokong bimbang kelab Liga Super China itu akan dibubarkan.

Ini bakal memeningkan kepala badan induk bola sepak Asia, AFC kerana Zhejiang masih mempunyai dua baki perlawanan ACL untuk Kumpulan H.

Mereka bakal bertemu juara Thai League 1 musim lepas, Buriram United pada 29 November sebelum menutup kempen Kumpulan H dengan menentang Melbourne City pada 12 Disember.

Sekiranya dibubarkan, Zhejiang bakal mengikut jejak Jiangsu FC yang dibubarkan pada 2020 selepas berdepan masalah kewangan yang serius dan tidak memiliki pemilik baru.

Selain The Green Giants, AFC juga bakal memantau Wuhan Three Town sekiranya mereka berdepan kesukaran memenuhi komitmen baki dua perlawanan Kumpulan J ACL.

Ini kerana sebelum ini Wuhan juga dilaporkan berdepan masalah kewangan dan perlu mencari pemilik baru bagi menstabilkan kembali kewangan mereka.