Wan Jamak Yakin Juan Garrido Terap ‘DNA’ Elavarasan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Bekas pengendali Harimau Malaya, Wan Jamak Wan Hassan percaya jurulatih skuad B-23 negara, Juan Garrido bakal memperkenalkan ideanya yang tersendiri untuk pasukan itu.

Garrido sebelum ini merupakan pembantu kepada jurulatih sebelumnya, E. Elavarasan selama setahun sejak September 2022.

Justeru, ada yang tertanya-tanya sama ada pendekatan jurulatih Sepanyol itu mirip kepada Elavarasan atau sama sekali berbeza sebagai persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024.

Advertisements

Wan Jamak merasakan memandangkan Garrido sudah mengenali barisan pemain Harimau Muda, maka mudah baginya untuk membuat penambahbaikan kepada pasukan itu.

“Mungkin itu (akan guna pendekatan seperti Elavarasan) yang dilihat oleh semua orang. Saya yakin setiap jurulatih ada DNA dia yang tersendiri.

Advertisements

“Namun, dalam bola sepak ini, tidak ada banyak yang berubah, konsep bertahan dan menyerang itu tetap sama.

“Mungkin corak pendekatan daripada segi latihan taktikal berbeza. Kita tidak boleh mengambil kira dia dulu berada di bawah Elavarasan, maka pendekatan yang digunakan akan sama,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Garrido dilantik sebagai jurulatih skuad B-23 yang baru menggantikan Elavarasan yang meletak jawatan pada 18 September lalu. Keputusan itu dibuat bagi membolehkannya fokus sebagai pembantu Kim Pan-gon.

Sebelum ini, Garrido pernah menggalas peranan sebagai ketua pencari bakat Barcelona di Catalunya dari 2016 hingga 2020.

Advertisements

Selain itu, beliau juga pernah mengetuai unit bola sepak profesional (B-23) kelab Granada dari 2021 hingga 2022.

Garrido bakal dibantu bekas penolong jurulatih KL City FC, Shukor Adan, jurulatih penjaga gol Kris Yong, rakan senegara dan jurulatih kecergasan Oscar Balaguer Cabeza serta penganalisis prestasi pemain, Lee Je-yoon.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram