Advertising
Juan Torres Garrido Dilantik Jurulatih Malaysia B-23 Menjelang Piala Asia
MakanBola
FA Malaysia

Jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido sah dilantik sebagai jurulatih skuad Malaysia B-23 yang baru.

Pengumuman perlantikan beliau dibuat FAM menerusi satu sidang media khas yang diadakan pada hari ini.

Ad

Pengumuman ini sekaligus menamatkan spekulasi tentang siapa mengambil alih jawatan tersebut selepas E. Elavarasan meletak jawatan pada bulan lepas.

Ad

Keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan bekas jurulatih PDRM FC itu fokus sebagai penolong jurulatih Kim Pan-gon di Harimau Malaya.

Sementara penolong jurulatih KL City FC, Shukor Adan pula dilantik sebagai penolong jurulatih skuad B-23 kebangsaan.

Ad

Garrido, 43, sebelum ini merupakan pembantu Elavarasan untuk skuad Harimau Muda sejak September tahun lepas.

Ad

Garrido memegang lesen kejurulatihan UEFA Kelas A dan memiliki pengalaman kejurulatihan di negara kelahirannya Sepanyol.

Ad

Sebelum ini, beliau pernah menjadi ketua unit remaja profesional B-23 Granada CF. Selain itu, Garrido juga pernah menjadi peninjau bakat Barcelona untuk wilayah Catalunya.

Selain Shukor, Garrido bakal dibantu Kris Yong Wai Hwang sebagai jurulatih penjaga gol, Oscar Balaguer Cabeza (Sepanyol) sebagai jurulatih kecergasan dan Lee Jeyoon (Korea Selatan) sebagai jurulatih analisis prestasi pemain.