Jurulatih Sepanyol Bakal Bimbing Skuad B-23 Malaysia Di Piala Asia?
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penolong jurulatih skuad B-23 Malaysia, Juan Torres Garrido kini menjadi pilihan utama sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, E. Elavarasan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di platform X lebih sejam lalu.

Ini sekaligus mengesahkan perkhabaran yang dibawa beliau sebelum ini bahawa seorang jurulatih import akan dipilih untuk membimbing Harimau Muda untuk aksi Piala Asia B-23 pada tahun hadapan.

Advertisements

Dari satu segi, pemilihan namanya sebagai pilihan utama dilihat masuk akal memandangkan Garrido sudah masak dengan para pemain skuad B-23 negara. Ini kerana beliau telah menjadi pembantu Elavarasan sejak September tahun lalu.

Garrido, 43, memegang lesen kejurulatihan UEFA Kelas A dan memiliki pengalaman kejurulatihan di negara kelahirannya Sepanyol.

Advertisements

Sebelum ini, beliau pernah menjadi ketua unit remaja profesional B-23 Granada CF. Selain itu, Garrido juga pernah menjadi peninjau bakat Barcelona untuk wilayah Catalunya.

Dalam ciapan sama, Zulhelmi turut mendedahkan FAM sudah ada calon penolong jurulatih bagi membantu Garrido iaitu bekas pemain kebangsaan Nidzam Jamil.

Advertisements

Nidzam ketika ini menggalas peranan sebagai penolong jurulatih kepada jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe.

Kerusi panas jurulatih B-23 kebangsaan kosong selepas Elavarasan mengumumkan perletakan jawatan beliau pada minggu lepas. Sejak itu, beberapa nama dikaitkan dengan jawatan tersebut termasuk Yusri Che Lah dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram