Ads
Wan Kuzain Bakal Perkuat Harimau Malaya Dalam Masa Terdekat?
Harimau Malaya
St. Louis City 2

Skuad Harimau Malaya bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain tengah St. Louis City 2, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal.

Advertisements

Ini selepas FutureTalents mendedahkan proses dokumentasi pemain tengah berusia 25 tahun itu sedang berjalan ketika ini.

Advertisements

Seandainya proses dokumentasi Wan Kuzain berjalan lancar tanpa sebarang masalah, bekas pemain Sporting Kansas City itu bakal mewakili Malaysia dalam masa terdekat.

Advertisements
Advertisements

Sebelum ini, abang Wan Kuzain yang juga Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memaklumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah berhubung dengannya.

Meskipun komunikasi antara Wan Kuzain dengan FAM dibuat secara tidak terus, beliau sudah memaklumkan bahawa beliau ingin mewakili Harimau Malaya.

Advertisements

“Ya sedang bercakap dengan mereka (FAM). Tidak secara terus seperti yang sepatutnya,” kata Wan Kuzain pada bulan lepas.

Mengikut maklumat Transfermarkt, beliau bukan saja boleh beraksi sebagai pemain tengah. Malah, Wan Kuzain juga boleh beraksi di posisi sayap kanan sekiranya diperlukan.

Musim ini, beliau sudah merekodkan 10 penampilan dan dua gol untuk St. Louis City 2. Ini termasuk gol kemenangan ke atas Austin FC II beberapa minggu yang lalu.

Selain Wan Kuzain, skuad negara juga berpotensi mendapat khidmat pemain tengah muda dari England, Kobe Jae Chong. Ketika ini, proses dokumentasinya juga sedang berjalan.

Advertisements

Kobe pernah beraksi untuk beberapa kelab seperti Peterborough, Cagliari, West Bromwich Albion, Alvechurch dan Barwell. Beliau ketika ini mewakili kelab King’s Lynn.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram