Gol ngeri yang dijaringkan oleh pemain Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain membuatkan satu stadium menjerit kegembiraan.
Beliau kini beraksi bersama kelab USA, St Louis City 2 mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu pasukan untuk menundukkan Austin FC ll.
Pemain berusia 25 tahun itu memulakan aksi di bangku simpanan namun impaknya memberi kesan yang besar pada babak kedua.
St Louis berada di depan seawal minit ke-2 permainan apabila percubaan Mykhi Joyner berjaya menerjah jaring.
Aksi babak pertama tamat dengan hanya satu jaringan.
Bersambung babak kedua, tuan rumah dilihat bergelut untuk memperagakan aksi terbaik dan menambah jaringan.
St Louis melakukan beberapa pertukaran penting termasuklah memberi peluang kepada Wan Kuzain untuk beraksi.
Austin berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 hasil ledakan Sebastian Peneau namun dinafikan oleh jaringan penyamaan Kuzain.
Hantaran jauh ke dalam kotak penalti oleh pemain St Louis cuba ditanduk keluar oleh pertahanan lawan namun Kuzain bijak untuk meletakkan diri pada posisi lebih baik.
Beliau melepaskan satu lencongan cantik ke bahagian atas gawang untuk menewaskan penjaga gol lawan pada masa kecederaan babak kedua.
Jaringan itu mengesahkan kemenangan berharga buat St Louis City dengan keputusan 2-1 selain tidak tewas dalam 6 perlawanan terakhir.
St Louis City 2 kini menghuni tangga kedua MLS Nesr Pro dengan 18 mata selepas 8 perlawanan dan bakal bertemu Houstok Dynamo bagi aksi seterusnya.