Wan Kuzain Hampiri Harimau Malaya
Harimau Malaya
stlcity2
Advertisements

Pemain Malaysia yang bertapak kariernya di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal difahamkan semakin hampir untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh abang kepada Wan Kuzain iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal melalui laman sosial X milik Ahli Parlimen Machang itu.

Sebelum ini, Wan Kuzain telah dicemuh oleh beberapa peminat bola sepak tanah air yang mengatakan Wan Kuzain tiada tempat bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Advertisements

Banyak komen biadab daripada haters yang terpaling bola. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dah pun berhubung dengan Wan Kuzain untuk sarung jersi Harimau Malaya,” dedah Wan Fayhsal di laman X.

Namun disebalik cemuhan yang diterima Wan Kuzain, terdapat ramai peminat yang memberikan sokongan kepada pemain tengah St Louis City SC 2 berusia 25 tahun itu untuk menyarung jersi Malaysia.

Advertisements

Untuk rekod, Wan Kuzain belum pernah mewakili Malaysia dalam apa jua pertandingan. Beliau pernah dipanggil untuk bersama skuad bawah 23 tahun negara pada November 2019 bagi menghadapi Sukan Sea namun masalah dokumentasi menyekat hasrat Kuzain mewakili negara.

Selain Kuzain, adik beliau iaitu Wan Kuzri turut pernah dipanggil ke kem skuad bawah 19 tahun negara pada beberapa tahun lepas dan pernah menjadi sasaran skuad bawah 23 tahun negara tahun lalu namun beliau tidak dapat menyertai skuad negara disebabkan isu peribadi.

Advertisements

Kini segalanya terpulang kepada FAM dan juga pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menilai sama ada Wan Kuzain sesuai untuk diserapkan ke skuad kebangsaan ataupun sebaliknya.

Selepas tersingkir dari Piala Asia 2023, Malaysia akan meneruskan perlawanan antarabangsa pada 21 Mac depan dengan menentang Oman bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram