Wan Kuzain ‘Pukau’ Orang US, Kelebihan Buat Harimau Malaya
MakanBola
St Louis City 2
Sponsors

Pemain kelahiran Amerika-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal membuatkan penyokong St Louis City 2 kembali bersorak hanya dengan 18 minit kepulangannya.

Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa berehat panjang susulan kecederaan serius yang dialaminya.

Ad

Hasrat untuk melihat kelibatnya di atas padang kembali menjadi kenyataan selepas hampir 9 bulan apabila beliau tampil selaku pemain gantian ketika menentang Colorado Rapids 2.

Ad

Kuzain masuk pada minit ke-72 untuk menggantikan Mykhi Joyner namun berjaya meninggalkan impak luar biasa selaku pemain sayap kanan.

Beliau merekodkan 18 sentuhan dengan 82 peratus ketepatan hantaran, 3 hantaran lintang, melakukan dua percubaan tepat dan juga 3 gelecekan sempurna.

Ad

Kuzain turut mencuri tumpuan selepas memenangi kesemua (5) pertarungan bola di atas padang sekali gus meraih penilaian 7.5 oleh laman Sofascore.

Ad

St Louis City 2 bagaimanapun terpaksa akur selepas tewas tipis dengan keputusan 1-0 bagi aksi kelima MLS Next Pro 2025.

Ad

Pada tahun lalu, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memberitahu bahawa Wan Kuzain sememangnya berada dalam perancangan untuk menyertai Harimau Malaya.

“Sepatutnya kali ini (Pestabola Merdeka 2024), Wan Kuzain dah sertai kem Malaysia. Beliau telah menghubungi saya beberapa bulan lalu namun nasib tidak baik kerana Wan Kuzain sedang cedera.

“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM tempoh hari.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments