Ads
Wan Kuzain Sarung Jersi Harimau Malaya
Harimau Malaya
St. Louis City 2

Hasrat peminat bola sepak Malaysia melihat Wan Kuzain Wan Kamal menyarung jersi Harimau Malaya akhirnya menjadi kenyataan.

Advertisements

Ini selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan pemain tengah berusia 25 tahun itu sedia menyarung jersi skuad negara.

Advertisements

Sebelum ini, Wan Kuzain beberapa kali pernah menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Advertisements
Advertisements

Malah, abangnya yang juga Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal pernah memaklumkan Wan Kuzain juga bersedia melepaskan kerakyatan Amerika Syarikat untuk merealisasikan impiannya.

Kini, Hamidin mendedahkan pemain tengah St. Louis City 2 itu sepatutnya menyertai kem Harimau Malaya untuk kalendar antarabangsa FIFA bulan September.

Advertisements

Walau bagaimanapun, isu kecederaan menyebabkan beliau terpaksa membatalkan hasratnya itu. Pada masa sama, Wan Kuzain turut memaklumkan selepas pulih daripada kecederaan, beliau akan cuba menyertai kem negara secepat mungkin.

“Sepatutnya Wan Kuzain dah menyertai kita kali ini. Beliau sudah pun beberapa kali menghubungi saya tetapi ketika ini beliau sedang cedera.

“Beliau memberitahu saya bahawa selepas kecederaannya pulih, beliau siap sedia secepat mungkin untuk membantu Malaysia,” katanya dalam sidang media yang berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Advertisements

Selain Wan Kuzain, Harimau Malaya yang dibimbing Pau Marti Vicente juga berpotensi diperkuatkan dengan kehadiran pemain pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram