Advertising
Wan Kuzain Tiba Awal Di Malaysia
MakanBola
stlcitysc

Pemain Amerika-Malaysia, Wan Kuzain sudah tiba awal di Malaysia.

Tonggak berusia 25 tahun itu berkelana sebahagian besar kariernya di Amerika Syarikat dan kini beraksi buat St Louis City 2 di MLS Next Pro.

Ad

Namanya kembali menjadi sebutan dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia susulan revolusi Harimau Malaya yang diilhamkan oleh DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Ad

Wan Kuzain mencuri tumpuan selepas beliau dikesan sudah berada di Malaysia sejak beberapa hari yang lalu dengan tujuan utama masih belum dipastikan.

Hal ini berdasarkan perkongsian di laman sosialnya yang berada di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Ibu Kota baru-baru ini.

Ad

Kuzain beraksi selaku perancang tengah bersama St Louis City 2 namun terpaksa berehat panjang susulan kecederan.

Ad

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa pemain berbakat besar itu bakal menyarung jersi Harimau Malaya.

Ad

“Sepatutnya kali ini (Pestabola Merdeka), Wan Kuzain dah sertai kem Malaysia. Beliau telah menghubungi saya beberapa bulan lalu namun nasib tidak baik kerana Wan Kuzain sedang cedera.

“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Malaysia memiliki misi besar apabila bakal beraksi pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac tahun hadapan.