Wan Zack Kekal Bersama Perak
MakanBola
Perak FC
Sponsors

Selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama Perak FC sejak kebelakangan ini, nama Wan Zack Haikal kembali meniti di bibir peminat-peminat bola sepak tanah air.

Prestasi cemerlang yang ditonjolkan Wan Zack juga telah membuka mata banyak pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya bagi saingan musim hadapan.

Ad

Difahamkan, Wan Zack telah memberikan persetujuan untuk kekal bersama pasukan Perak untuk saingan musim hadapan. Perkara tersbebut telah dikongsikan oleh satu sumber kepada Makanbola.

Ad

“Apa yang boleh dikatakan kami (Perak) telah mencapai persetujuan bersama Wan Zack untuk terus beraksi buat kami.”

“Kami bersyukur dapat mengekalkan seorang pemain berpengalaman dan kualiti Wan Zack dapat membantu pasukan kami,” jelas sumber kepada MakanBola.

Ad

Baru-baru ini, terdapat desas-desus yang mengatakan Wan Zack akan berhijrah ke pasukan lain selepas beberapa pasukan Liga Super menyatakan minat untuk mendapatkan pemain sayap lincah berpengalaman itu.

Ad

Namun dengan pengesahan yang dibuat oleh sumber tersebut, ia pastinya akan menimbulkan sedikit kelegaan buat para penyokong The Bos Gaurus yang pasti mahu menyaksikan aksi Wan Zack bersama Perak musim hadapan.

Ad

Bagi musim 2023, Wan Zack telah merekodkan 19 penampilan bersama Perak. Beliau berjaya meledak empat gol dan menyumbang tiga bantuan gol setakat ini. Statistik tersebut membuktikan peningkatan mendadak dalam karier Wan Zack yang sebelum ini malap gara-gara kecederaan.