Wan Zack Haikal Buka Mulut Mengenai Pasukannya Musim Depan
Transfer
Perak FC
Advertisements

Nama Wan Zack Haikal kembali menjadi sebutan penyokong bola sepak negara selepas berjaya mempemerkan aksi mengagumkan dalam beberapa aksinya bersama Perak FC sejak kebelakangan ini.

Dengan berbekalkan aksi cemerlang bersama Perak, Wan Zack difahamkan menerima beberapa tawaran dari kelab Liga Super bagi menghadapi saingan musim hadapan. Bagi Wan Zack, prioriti beliau adalah Perak.

“Alhamdulillah syukur. Masih ada pasukan yang bertanyakan tentang saya. Sudah tentu, prioriti saya akan diberikan kepada pasukan Perak. Insya-Allah jika ditawarkan kontrak, saya akan tetap setia bersama pasukan Perak,” luah Wan Zack ketika ditemubual Astro Arena.

Advertisements

Bekas pemain FC Ryukyu di Liga Jepun itu berjaya membuka mata banyak pihak dengan berjaya menjaringkan beberapa gol penting buat Perak. Gol yang dijaringkan Wan Zack juga sedikit sebanyak membantu Perak mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Untuk musim 2023, Wan Zack telah merekodkan 19 penampilan bersama Perak dengan berjaya meledak empat gol dan menyumbang tiga bantuan gol. Statistik tersebut membuktikan peningkatan mendadak buat Wan Zack yang sebelum ini jarang beraksi kerana dibelenggu kecederaan.

Perak akan melalui perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada esok (2 November). JDT berkelebihan secara agregat selepas menang 4-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Negeri Ipoh tempoh hari.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram