Advertising
Warga Jepun Doakan Kejayaan Peter Cklamovski
MakanBola
FC Tokyo

Warga Jepun mendoakan kejayaan pengendali baharu Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Bekas Ketua Jurulatih FC Tokyo ini kini membawa haluan ke Malaysia selepas meninggalkan pasukan J1 League itu kira-kira 6 hari yang lalu.

Ad

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan Cklamovski sebagai jurulatih baharu negara bermula Januari ini.

Ad

Pemergian beliau dari FC Tokyo mendapat doa daripada para peminat yang mahu melihat beliau terus menempa kejayaan dalam karier kejurulatihannya.

“Terima kasih Peter,” ujar Shuwachandayo.

Ad

“Kerja yang baik, terima kasih Peter,” tulis Mayu Fukuda di ruangan komen FC Tokyo.

Ad

FAM juga meletakkan dua sasaran awal buat bekas pembantu jurulatih pasukan kebangsaan Australia membantu Malaysia ke Piala Asia selain memperbaiki ranking FIFA.

Ad

“Beliau hadir ke Malaysia untuk menyediakan satu set staf kejurulatihan yang mantap demi memastikan para pemain yang dipanggil ke kem latihan skuad Harimau Malaya diberi tunjuk ajar yang sebaiknya.

“Hal ini dapat meningkatkan kemampuan dan kemahiran mereka untuk beraksi di perlawanan peringkat antarabangsa.

Malaysia akan bertemu Vietnam, Nepal dan Laos dalam misi untuk muncul juara kumpulan.

“Misi utama Cklamovski adalah untuk memastikan skuad Harimau Malaya berjaya mengungguli saingan kelayakan Kumpulan H bagi mencapai sasaran layak ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

“Sasaran ini termasuklah memperbaiki ranking FIFA untuk menuju ke kedudukan 100 terbaik dunia,” ujar FAM.