Warrix Umum Taja Kelantan RW RM1 Juta
MakanBola
Kelantan Red Warrior FC
Sponsors

Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) terus mendapat suntikan semangat apabila mendapat tajaan berjumlah RM1 juta daripada Warrix.

Pemeteraian perjanjian antara kedua-dua pihak itu dibuat di Warrix Flagship Store, Siam Square, Bangkok. Kelantan RW diwakili Presiden, Nik Hafiz Naim Nik Hassan.

Ad
Sponsors

Warrix pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Wisan Wanasaksrisaku. Perjanjian ini turut disaksikan Timbalan Presiden Kelantan RW, Ahmad Mukhlis Ismail dan peguam kelab, R. Fadhli Indra Didi Indra Tjahya.

Ad

Turut sama hadir ialah Pengarah Universal Sports Sdn. Bhd., Tan Peng Koon. Universal Sports merupakan pengedar rasmi jenama Warrix di Malaysia.

Kelantan RW memeterai perjanjian selama dua musim dengan Warrix dengan nilai tajaan RM1 juta. Warrix juga akan menghasilkan jersi menggunakan warna ikonik pasukan iaitu merah dan putih untuk jersi utama dan kedua.

Ad

Nik Hafiz menyifatkan perjanjian ini dilihat meningkatkan semangat pasukan itu untuk memberi saingan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Ad

“Pemilihan WARRIX sebagai penaja kit rasmi juga adalah kerana misi KRWFC dan Warrix seiring dengan matlamat kelab untuk memperkasa pembangunan sukan akar umbi dengan melabur dalam pembangunan bolasepak pada peringkat awal,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

“Warrix juga mempunyai hubungan bersama Akademi Bayern Munich dan akan membantu KRWFC untuk membangunkan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Warrix dan Warrior adalah usahasama dua pahlawan, satu hati menuju kejayaan dalam perniagaan dan juga pembangunan bolasepak di Malaysia.”

Wisan pula menyifatkan kerjasama ini bersifat menang-menang buat Warrix dan Kelantan RW. Ini kerana kerjasama ini dilihat dapat membantu mengembalikan kegemilangan pasukan Pantai Timur itu.

“Saya telah lama mengenali Kelantan Red Warrior dan berharap untuk menjalinkan kerjasama. Hari ini kerjasama antara WARRIX dan Kelantan Red Warrior telah kita meterai bersama,” katanya.

“Bagi pihak Warrix, kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan KRWFC dan berharap kerjasama ini bukan sahaja dapat meluaskan pasaran Warrix di Kelantan malah dapat membantu mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Kelantan Red Warrior.”

Kelantan RW menjadi pasukan Liga M kedua yang menerima tajaan Warrix. Sebelum ini, Negeri Sembilan FC turut memeterai kerjasama dengan pembuat pakaian sukan Thailand itu.

Selain Negeri Sembilan dan Kelantan RW, Warrix turut menaja Phnom Penh Crown (Kemboja), skuad kebangsaan Thailand dan BG Tampines Rovers (Singapura).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments