Piala Dunia U17: Maghribi Tewaskan Panama
Piala Dunia
MakanBola
Equipe du Maroc
Advertisements

Skuad B-17 Maghribi memulakan kempen Kumpulan A Piala Dunia B-17 2023 dengan langkah kanan selepas mudah mengatasi Panama 2-0 hari ini.

Beraksi di Stadium Gelora Bung Tomo, kedua-dua pasukan mahu bermula dengan positif untuk aksi pertama kumpulan.

Advertisements

Bagaimanapun, pasukan Afrika Utara itu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Saifdine Chlaghmo pada minit ke-16.

Tersentak, Panama melancarkan serangan demi serangan le atas kubu pertahanan Maghribi.

Advertisements

Bagaimanapun, Chlaghmo tenang mengemudi pertahanan Maghribi dan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, ubi muda Maghribi terus diberi tekanan oleh Panama yang memburu gol penyamaan.

Maghribi bukan saja berjaya menyerap tekanan yang dikenakan Panama. Malah, mereka meraih gol kedua pada minit akhir perlawanan menerusi Ayman Ennair.

Advertisements

Itu saja sudah cukup untuk mendapatkan tiga mata berharga pertama dalam Kumpulan A. Maghribi menerajui kumpulan itu dengan tiga mata dengan Panama di tangga tercorot kumpulan.

Begitupun, ini boleh saja berubah sekiranya Indonesia meraih kemenangan besar ke atas Ecuador dalam satu lag aksi Kumpulan A.

Advertisements

News Comments Account