Xisco Munoz Ulas Status Kecederaan Shahrul Saad
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz memaklumkan Shahrul Saad bakal menjalani imbasan MRI bagi mengetahui status kecederaannya.

Hal ini dinyatakan beliau apabila diminta mengulas kecederaan pemain pertahanan berusia 32 tahun itu.

Bek tengah Harimau Malaya itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-80 ketika aksi Liga Super antara Selangor FC dan JDT.

Shahrul mengalami kecederaan itu ketika cuba mengejar kapten Selangor, Faisal Halim. Susulan itu, Matt Davies dibawa masuk sebagai pengganti.

Munoz memaklumkan pasukan perubatan JDT akan menilai sejauh mana tahap kecederaan Shahrul. Ini termasuk beliau menjalani proses imbasan MRI.

“Kita akan lihat dalam beberapa hari seterusnya. Sudah tentu beliau akan menjalani beberapa ujian termasuk MRI.

“Dan selepas itu, mungkin kita akan bagi lebih banyak maklumat yang lebih jelas tentang hal itu,” katanya selepas perlawanan.

JDT meraih kemenangan 2-0 ke atas Selangor. Gol Bergson da Silva dan gol sendiri Richmond Ankrah memastikan JDT meraih tiga mata penuh.