Advertisements
Yazan Al-Arab Berjanji Dengan Diri Sendiri
Asia
MakanBola
FC Seoul

Bekas pemain Selangor FC yang kini beraksi bersama FC Seoul, Yazan Al-Arab menyatakan bahawa beliau telah berjanji dengan diri sendiri sebelum berhijrah ke Korea Selatan.

Advertisement

Pertahanan tengah dari Jordan itu menjadi nadi terpenting FC Seoul di bahagian pertahanan dan telah merekodkan 10 penampilan sejak menyertai kelab tersebut pada Julai lalu.

Kini Yazan mahu memberikan fokus sepenuhnya kepada dua lagi aksi Liga K1 untuk mengejar kedudukan yang lebih baik.

Advertisement

“Ya masih berbaki dua lagi perlawanan bertemu Ulsan dan Gimcheon. Malam ini kami kurang bernasib baik (seri dengan Pohang Steelers).

“Semua yang berlaku saya anggap sebagai cabaran dalam hidup. Sebelum saya datang sini, saya dan berjanji kepada diri sendiri untuk memberikan segalanya kepada kelab,” jelas Yazan kepada ESPN.

Advertisement

Yazan Al-Arab bukanlah nama yang asing di pentas bola sepak Malaysia apabila pernah beraksi untuk Selangor pada musim 2022 dan 2023.

Advertisement

Namun karier bola sepaknya di Malaysia berakhir dengan tragedi apabila namanya digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia.

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas Yazan telah dikesan menyepak punggung pengadil semasa perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 antara Selangor menentang Terengganu FC.

Advertisement