FAM Gantung Yazan Al-Arab Seumur Hidup
FAM
Yazan Al-Arab
Advertisements

Bekas pertahanan Selangor FC, Yazan Al-Arab telah digantung seumur hidup daripada terlibat dengan bola sepak di Malaysia seumur hidup.

Menerusi satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain kelahiran Jordan itu telah melakukan kesalahan selepas menyepak pengadil perlawanan beberapa bulan lalu.

Jawatankuasa Tatatertib pasukan Selangor FC telah mengambil keputusan untuk segera menamatkan kontraknya bersama pasukan tatkala The Red Giants memiliki misi besar untuk ke Asia.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu juga dikatakan tidak lagi bola terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia seumur hidupnya seperti yang dimaklumkan oleh FAM.

Kejadian itu berlaku pada aksi suku akhir apabila Selangor terikat 1-1 dengan Terengganu, sekaligus tersingkir secara agregat 1-3 selepas tewas 2-0 pada suku akhir pertama di Gong Badak.

“Melanggar Artikel 51, perenggan 1(a) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM kerana telah meluru ke arah Pengadil Perlawanan sambil mengeluarkan kata-kata kepada Pengadil Perlawanan dan apabila Pengadil Perlawanan memusingkan badan untuk pergi, pemain ini telah menarik bahu dan seterusnya menolak dengan daya yang berlebihan di bahagian dada Pengadil Perlawanan (Pertuduhan 1).

Advertisements

“Apabila setelah dilayangkan kad merah, pemain ini secara agresif telah menyerang dengan menyepak ke bahagian punggung kiri dan telah meludah ke arah Pengadil Perlawanan (Pertuduhan 2) semasa perlawanan Suku Akhir 2 Piala Malaysia 2023, Selangor FC lwn Terengganu FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 24 September 2023,” jelas kenyataan FAM.

Hukuman: Pemain ini digantung empat perlawanan bagi Pertuduhan 1 dan digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang Aktiviti Bola Sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia bagi Pertuduhan 2.

Yazan sudah pun mengeluarkan permohonan maaf sebelum ini atas kelakuan tidak beradabnya ketika itu.

Advertisements

“Tiada kata-kata boleh gambarkan perasaan saya ketika ini. Saya mohon maaf atas tindakan saya dan akan jadikannya sebagai pembelajaran untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.”

https://www.tiktok.com/@fariszukeiman/video/7303421901030870279?_t=8hVmE3YVveb&_r=1

“Saya mohon maaf kepada penyokong Red Giants. Ia terjadi kerana tekanan psikologi perlawanan dan kematian sepupu saya beberapa minggu lalu.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram