Yazan Al-Arab Jadikan Qatar ‘Taman Permainan’
Asia
Al-Muaither SC
Advertisements

Pertahanan kental Jordan, Yazan Al-Arab menjadikan Qatar seperti taman permainan apabila membantu pasukan untuk mencatatkan kemenangan berharga.

Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Qatar, Mu’aidar SC baru-baru ini selepas bersama kelab Iraq hanya tiga bulan.

Beliau memperagakan aksi cemerlang dalam debutnya di sana apabila diberi kepercayaan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Bekas pemain Selangor itu digandingkan bersama Hugo Gomes dan berjaya memastikan kemenangan 2-0 berpihak kepada pasukannya menentang Al-Markhiya.

Pada perlawanan tersebut, beliau merekodkan 54 sentuhan, 81 peratus ketepatan hantaran, 9 hantaran jauh yang tepat selain menenangi 6 pertarungan bola atas padang.

Yazan diberikan penilaian 7.6 mata oleh laman Sofascore dan muncul salah seorang pemain terbaik perlawanan.

Advertisements

Prestasi memberangsangkan ini sudah dijangka apabila beliau berjaya menampilkan aksi serupa ketika Jordan beraksi di Piala Asia AFC 2023 di Qatar.

Anak didik Hussein Ammouta berjaya melangkah ke pentas akhir Piala Asia 2023 hasil kecemerlangannya untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.

Al-Mu’aidar kini menghuni tangga ke-11 Liga Qatar selepas 13 perlawanan dengan 9 mata dan bakal bertemu Al-Shamal bagi aksi berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram