Advertisements
Yazan Al-Arab Mohon Maaf
Piala Malaysia
MakanBola
Yazan Al-Arab

Bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab memohon maaf atas keterlanjurannya susulan tindakan beliau menendang pengadil dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia baru-baru ini.

Beliau mengakui kesal dengan perbuatan tersebut kerana perbuatannya memberi kesan negatif kepada pasukan Selangor khususnya para penyokong.

Yazan turut mendedahkan beliau tiada niat menendang punggung pengadil perlawanan, Hasrol Amir. Beliau percaya ini berlaku disebabkan tekanan psikologi semasa perlawanan ditambah dengan berita kematian sepupunya di Jordan baru-baru ini.

Justeru, bek tengah antarabangsa Jordan itu berikrar menjadi pemain yang lebih baik selepas ini dan terus memberi sumbangan bermakna kepada The Red Giants.

“Saya mohon maaf kepada pasukan, mohon maaf kerana saya telah mengecewakan anda, mohon maaf kepada semua peminat Red Giant. Ianya berlaku dengan pantas ketika itu dan saya menyesali (perbuatan saya).

“Ini satu pengajaran hidup untuk kita harus belajar untuk jadi lebih baik. (Saya) mohon maaf kepada penyokong dan rakan-rakan sepasukan saya.

“Ini berlaku disebabkan ketegangan pada ketika itu disebabkan oleh tekanan psikologi semasa perlawanan dan (berita) kematian sepupu saya beberapa minggu sebelumnya.

“Saya tahu ini bukan alasan untuk saya melakukan apa yang berlaku, itu bukan perwatakan saya atau apa yang saya belajar dari Islam. Jadi, saya perlu mohon maaf kepada seluruh sistem bola sepak di Malaysia dan Jordan.

“Saya akan sentiasa kekal setia bersama Selangor. Saya sukakan sukan ini. Saya akan sentiasa dan tidak pernah berhenti bekerja keras dan berharap untuk hari-hari yang lebih baik selepas ini,” katanya di Instagram.

Yazan kini perlu menunggu bentuk hukuman yang bakal dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib FAM susulan insiden tersebut.