FAM Bakal Tentukan Nasib Yazan Al-Arab
Piala Malaysia
Selangor FC
Advertisements

Jawatankuasa Tatatertib FAM bakal menentukan nasib bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab susulan tindakan beliau menendang pengadil beberapa hari lepas.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman. Laporan insiden tersebut telah diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan bagi menentukan bentuk hukuman yang perlu dihadapi pemain import Jordan itu.

“OK, bagi kita, kita telah serahkan (laporan) kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk bertindak mengikut apa bentuk hukuman yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM tersebut,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Advertisements

Aksi suku akhir kedua Piala Malaysia Selangor dan Terengganu FC menjadi panas apabila pengadil Hasrol Amir melayangkan kad merah kepada Yazan.

Bek tengah Merah Kuning itu tidak berpuas hati dengan tindakan Hasrol sebelum menendang punggung beliau. Video insiden ini tular di media sosial dengan ramai peminat bola sepak membidas tindakan Yazan.

Justeru, Noor Azman menyeru kepada pemain-pemain profesional di luar sana agar lebih berhati-hati bagi memastikan insiden sebegini tidak berulang.

Advertisements

“Saya menyerulah kepada pemain-pemain profesional supaya lebih berhati-hati. Sebab kita tak nak lihat insiden ini berlaku lagi.

That’s why (Itu sebab) kita cakap kita ada saluran-saluran tertentu yang patut kita salurkan. Kita mengharapkan insiden ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” tambahnya.

Insiden tersebut menambah luka kepada kekecewaan Selangor kerana tersingkir dari Piala Malaysia selepas tewas dengan keputusan agregat 2-1.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram