Pasukan J3 League, Yokohama SCC menerima tamparan hebat selepas tewas menentang Osaka sambil kelibat pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak kelihatan.
Perlawanan yang berlangsung di laman sendiri itu menyaksikan Yokohama SCC menurunkan pemain tempatan bagi melayani kunjungan Osaka.
Nasib bagaimanapun tidak memihak kepada tuan rumah apabila tewas 0-2 kepada lawan untuk menduduki tangga ke-15 liga ketika ini.
Skuad kendalian Kazuki Kuranuki itu masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam dua aksi terawal liga.
Tumpuan bagaimanapun terarah kepada ketiadaan pemain negara, Luqman Hakim dalam senarai pemain berdepan Osaka.
Namun begitu, pemain muda kelahiran Nigeria, Promise Onye Ogochukwu mula mendapat tempat apabila dimasukkan sebagai pemain gantian.
Ini juga merupakan aksi kedua tanpa kelibatnya selepas aksi pertama menentang Kataller Toyama tempoh hari.
Luqman menyertai kelab Jepun itu secara pinjaman daripada kelab Belgium, KV Kortrijk untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain selepas perpindahan ke Liga Iceland tidak seperti yang dirancang.