Yusri Che Lah: Perak Seakan Takut Beraksi Di Laman Sendiri
MakanBola
Perak FC

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui merasa pelik melihat anak-anak buahnya seakan takut beraksi di gelanggang keramat mereka, Stadium Perak.

Aksi terbaru Liga Super membabitkan Perak dan Penang FC berlangsung di Stadium Perak. Perlawanan ini disifatkan peluang buat kedua-dua pasukan untuk memburu kemenangan dalam liga.

Ad

Meskipun banyak mencipta peluang jaringan, The Bos Gaurus ketinggalan pada minit akhir babak pertama menerusi sepakan percuma Neto Oliveira.

Ad

Skrip sama berulang pada babak kedua dengan Perak kerap melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan Penang tetapi tidak berhasil. Sebaliknya, Harimau Kumbang menambah kelebihan gol mereka menerusi penyerang Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Alif Ikmalrizal Anuar pada minit akhir perlawanan.

Dua gol tersebut sudah cukup memastikan Penang meraih kemenangan pertama mereka untuk musim 2024/25.

Ad

Yusri melihat kelebihan beraksi di gelanggang sendiri sepatutnya dimanfaatkan barisan anak buahnya untuk meraih kemenangan. Ini kerana dengan sokongan padu penyokong, ini patutnya memberi keyakinan kepada mereka untuk memburu kemenangan.

Ad

Sikap ini perlu diubah terutama menjelang aksi Liga Super Perak yang seterusnya menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Ad

“Bagi saya, kita harus melakukan yang terbaik dan saya bertanggungjawab dengan keputusan. Walau bagaimanapun, pemain harus bertanggungjawab dan mereka tidak boleh lari dari tanggungjawab sebagai seorang pemain.

“Mereka telah bermain selama 90 minit dalam perlawanan malam ini. Dan dengan nada saya, saya amat marah. Bukan marah kerana kalah tetapi marah dengan sikap pemain yang seolah-olah takut. Saya tak tahu kenapa tetapi kita tak sepatutnya takut kerana kita beraksi di gelanggang sendiri.

“Patutnya kita beri keyakinan yang lebih kerana beraksi disokong penyokong sendiri. Itu yang saya amat terasa, ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan sekarang,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan yang disiarkan di TV Okey.

Kekalahan ini menyebabkan Perak berada di tangga ke-11 liga dengan tiga mata selepas lima perlawanan. Selepas ini, The Bos Gaurus akan menentang Kelantan DN di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 26 Julai ini.