Zairul Fitree Mahu Naikkan Semula Bola Sepak Kelantan
MakanBola
Kelantan United FC

Bekas pemain Kelantan, Zairul Fitree Ishak berazam mahu menaikkan semula bola sepak Kelantan yang kini semakin kehilangan semangat ‘gelombang merah’.

Kelantan FC ketika ini sedang bergelut untuk melengkapkan pendaftaran pemain bagi saingan Liga A1 Semi Pro setelah tersingkir daripada Liga Super musim lalu.

Ad

Kini hanya tinggal Kelantan Darul Naim dalam saingan Liga Super 2024/2025 yang menjadi harapan warga negeri Cik Siti Wan Kembang untuk menikmati aksi bola sepak tempatan di pentas tertinggi.

Ad

Zairul Fitree yang memulakan karier kejurulatihan pada tahun 2022 bersama Kelantan United yang kini dikenali sebagai Kelantan Darul Naim berhasrat untuk menaikkan semula bola sepak negeri tersebut.

“Selepas saya menamatkan karier selaku pemain bola sepak, saya telah melihat fenomena bola sepak Kelantan telah merudum.

Ad

“Saya rasa sedih tetapi dengan semangat saya, cita-cita saya untuk tengok Kelantan kembali, saya telah berazam untuk masuk ke kejurulatihan untuk naikkan balik bola sepak Kelantan.

Ad

“Sekarang ini saya telah bersama Kelantan Darul Naim untuk membantu pasukan Kelantan Darul Naim untuk mendapatkan balik nama pasukan Kelantan dalam arena bola sepak negara kita.” ujar Zairul Fitree.

Ad

Zairul Fitree kini bergelar pembantu jurulatih untuk pasukan Kelantan Darul Naim bagi musim 2024/2025. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan sebagai pembantu jurulatih pasukan bawah 21 tahun Kelantan United pada tahun 2022.