Zaquan Adha: Korang Tak Boleh Bersuara, Aku Tolong Suarakan
MakanBola
Azri/MakanBola
Sponsors

Bekas tonggak kebangsaan, Zaquan Adha tampil membuat kenyataan penting mengenai senario bola sepak di Malaysia ketika ini.

Beliau memuat naik satu hantaran yang memaklumkan berita mengenai masalah tunggakan gaji yang dialami oleh kapten pasukan KL City FC, Paulo Josue.

Ad

Katanya, beliau mengetahui bahawa para pemain tidak boleh bersuara dan memilih untuk membantu pemain menyuarakan isi hati mereka.

Ad

“Untuk pemain semua, aku tahu korang tak boleh bersuara, jadi aku bersuara sikit sikit untuk korang, cukuplah korang repost story ini.

“Ni la jadi bila pemain tidak berani bersuara dan berkeras pasal gaji. Tapi tu la, apabila kau berkeras atau lawan pasal gaji kau, kau akan terima padah pada musim hadapan sebab pengurusan tak mahu ada pemain yang banyak bersuara.

Ad

“Dalam erti kata lain, kepala dalam pasukan (Zaquan Adha),” jelasnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Ad

Bekas tonggak Negeri Sembilan ini juga membuat pendedahan mengenai terma yang perlu dipersetujui oleh semua pemain dalam pasukan.

Ad

“Lepas itu akan ada satu terma apabila pemain tidak boleh yang perlu ditandatangani oleh semua pemain, pemain tidak boleh bersuara atau bercakap apa-apa masalah dalaman pasukan contohnya isu gaji.

“Lebih baik ada pemain yang berjuang pasal isu gaji dan akhirnya masalah gaji selesai daripada pemain berdiam diri dan hadap gaji bulan-bukan tak bayar,” jelasnya.

Beliau juga risau situasi sebegini akan merencatkan momentuk dan perjalanan pasukan untuk bergelar juara.

“Macamana nak jadi juara kalau masalah seperti ini berulang kali berlaku. Oh lupa, sekarang banyak kelab tak sasarkan juara pun, cukupla duduk no.8 atau 9.

Copy of Untitled Design 47 Zaquan Adha: Korang Tak Boleh Bersuara, Aku Tolong Suarakan

Zaquan Adha juga berharap agar setiap kelab mencari orang yang berpengalaman dan tahu tentang bola sepak untuk menguruskan sesebuah pasukan.