Ads
Paulo Josue Gesa KL City Segera Bangkit
Liga Super
KL City FC

Kapten KL City FC, Paulo Josue menggesa barisan pemain pasukan itu segera bangkit menjelang aksi terbaru Liga Super pada hujung minggu ini.

Advertisements

Ketika ini, KL City mengharungi tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan. Pasukan dari Lembah Klang itu bukan saja menduduki tangga ke-10 liga selepas mengutip satu mata daripada dua perlawanan.

Advertisements

Malah, The City Boys terlepas peluang mengulangi pencapaian layak ke final Piala FA yang dilakukan pada 2023. Ini selepas KL City disingkirkan Kuching City dalam saingan kejohanan itu baru-baru ini.

Advertisements
Advertisements

Paulo mengakui kemarau kemenangan yang dilalui KL City ketika ini perlu ditamatkan segera demi memulihkan kembali keyakinan mereka.

Atas sebab itu, beliau mahukan semua pemain berganding bahu dan merealisasikan kemenangan pertama The City Boys untuk musim 2024/25.

Advertisements

“Seperti yang saya katakan, ini baru tiga perlawanan. Sudah tentu ini masih tidak mencukupi. Kita perlukan (usaha) lebih banyak daripada pemain-pemain import (dan) pemain-pemain tempatan.

“Mereka perlu padankan permainan mereka sama-sama. Kita juga kehilangan pemain dalam dua perlawanan terakhir. Masih ada banyak perlawanan yang perlu dilalui musim ini.

“Macam saya katakan, kita perlu sedar tentang perkara ini kerana bila kita hilang keyakinan, (kedudukan) kita akan jadi lebih teruk. Kita perlu mulakan tugas untuk bangkit semula dan kembalikan keyakinan kita semula.

“Jadi, kita perlu sedar dan saya yakin semua pemain mahu menunjukkan prestasi baik selepas ini,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Advertisements

KL City akan turun menentang Negeri Sembilan FC untuk aksi Liga Super seterusnya pada hujung minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram