Advertisements
Zaquan Adha: Tak Guna Kalau Belakang Azmeer Cerita Tentang Keburukan Orang
Liga Super
MakanBola
Zaquan Adha

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha mengajak Azmeer Yusof untuk bersemuka dan tidak bercakap hanya di balik kamera tentang orang lain.

Beliau yang baru sahaja menggantung but selepas kali terakhir beraksi buat Negeri Sembilan FC berharap agar Azmeer mempertimbangkan tawarannya untuk bersemuka.

Hal ini susulan isu yang tular melibatkan kenyataan bahawa terdapat salah laku seperti buli dalam kalangan pemain bola sepak profesional.

Mengulas lanjut, Zaquan mahu mengambil pendekatan untuk bertentang mata bersama bekas rakan sepasukannya itu bagi menyelesaikan segala salah faham yang timbul.

“Salam Ramadhan, macam inilah Azmeer Yusof, jomlah kita berjumpa dań bertentang mata. Ramai jugak budak-budak bola dan juga senior nak berjumpa. Kita tak payah nak cerita dalam live, kalau Azmeer rasa takut kami buat sesuatu, Azmeer boleh datang bawak bodyguard.”

“Kami nak tahu juga apa cerita yg sebenarnya dari Azmeer. Kami cuba hubungi Azmeer tapi tak berangkat. Mungkin Azmeer dah tukar nombor. Kalau kata azmeer lantang bersuara jom kita berjumpa.”

Zaquan juga berharap agar Azmeer dapat bersifat lebih terbuka untuk berbincang memandangkan beberapa pemain bola sepak turut dikaitkan dalam perkara ini.

“Jangan kata adik nak cakap belakang dan fitnah Azmeer. Sekarang dengan keterbukaaan hati adik berani untuk berjumpa dengan Azmeer. Kita bincang cara baik, adik rasa dari dulu banyak yg Azmeer tulis dalam Facebook ini mengaitkan kesemua pemain bola sepak.”

“Tak salah untuk Azmeer berkongsi pengalaman selama bermain bola, tetapi kenapa perlu menceritakan kepada umum benda-benda yg negatif tentang pemain bola sepak. Jika sekiranya Azmeer ada masalah peribadi dengan adik pun jom kita sama-sama selesaikan.”

“Tak perlu sebut orang lain untuk sama-sama libatkan dalam hal peribadi kita. Azmeer kena ingat hal peribadi Azmeer dengan bekas isteri yang sebelum ini pun ada, tapi tak ada pun adik nak masuk campur. Belum masuk lagi kes-kes yg Azmeer bergaduh dgn pemain bola yg lain,” ujar Zaquan di laman Facebooknya.

Zaquan juga mahu memberikan kerjasama terbaik dan sedia bersemuka sekiranya terdapat sebarang masalah antara mereka berdua.

“Bab solat adik memang hormat Azmeer. Adik tak nafikan yang dulu azmeer antara pemain bola yang sentiasa menjaga solat, tetapi tak guna juga kalau dekat belakang Azmeer bercerita tentang keburukan orang.”

“Okay cukup, adik tak pandai nak berkarang macam Azmeer. Pendek kata jom kita bersemuka. Azmeer boleh hubungi adik bila-bila masa, rasanya budak-budak bola semua ada nombor telefon adik. Jika sudah bersedia hubungi adik. Maaf kalau apa yang adik tulis ini menyinggung perasaan,” katanya.