Zaquan Adha Tidak Tolak Peluang Jadi Jurulatih
Inspirasi
Azri/MakanBola
Advertisements

Pakar Tetamu Liga Malaysia untuk Astro Arena, Zaquan Adha tidak menolak peluang menjadi jurulatih pada masa hadapan.

Zaquan Adha sah bergelar Pakar Tetamu Liga Malaysia bagi saingan bola sepak tempatan musim hadapan bersama Astro Arena setelah bersara sebagai pemain bola sepak.

Namun Zaquan juga tidak menolak peluang untuk menceburi bidang kejurulatihan pada masa akan datang kerana minatnya yang mendalam terhadap sukan bola sepak.

Advertisements

“Kalau boleh saya tidak mahu hilang daripada radar bola sepak walaupun bukan bermain sekalipun. Sekurang-kurangnya saya masih ada dalam radar bola sepak dan peminat masih tahu yang saya masih ada dalam arena bola sepak.”

“Dalam masa yang sama mungkin InsyaAllah saya akan mula dalam bidang kejurulatihan. Mungkin saya akan cuba jadi jurulatih untuk mana-mana pasukan dan sekurang-kurangnya saya dapat mengasah bakat saya sebagai jurulatih sambil saya menjadi warga Astro sebagai pengulas.” ujar Zaquan Adha.

Bekas pemain Negeri Sembilan ini turut mempertimbangkan menjadi jurulatih buat pasukan akar umbi beliau iaitu S2FC dalam memulakan karier sebagai jurulatih bola sepak.

Advertisements

“Itu kesempatan yang saya perlu ambil untuk masa depan saya. Dalam masa yang sama saya jadi pengulas bersama Astro Arena dan juga saya akan cuba coaching.”

“Kalau saya buat pundit saja tanpa coaching saya akan bazirkan masa. Saya boleh mula perlahan-lahan dalam bidang kejurulatihan.”

“Saya pun ada kelab akar umbi sendiri (S2FC), mungkin saya boleh mula untuk latih budak-budak kecil untuk asah bakat sebagai jurulatih.” tambah Zaquan Adha.

Advertisements

Zaquan Adha bakal bersama-sama dengan Mahali Jasuli, Razman Roslan serta Safee Sali sebagai Pakar Tetamu Liga Malaysia di Astro Arena untuk saingan bola sepak musim 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram