Advertising
Zhafri Aminurashid: Impak Positif Kepada Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors
FAM - Malaysia vs Nepal

Peguam sukan, Zhafri Aminurashid percaya pelantikan Rob Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya bakal memberi impak positif kepada pasukan itu.

Friend yang juga bekas penyerang Kanada dipilih untuk mengisi kerusi panas berkenaan. Pelantikan beliau merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula pengurusan Harimau Malaya.

Ad

Zhafri melihat langkah ini sebagai satu langkah yang bijak. Ini kerana ini akan membawa pengasingan pengurusan membabitkan Harimau Malaya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ad

Ini sekaligus mengelakkan pengurusan Harimau Malaya daripada terkesan dengan polemik persatuan termasuk perubahan tampuk kepimpinan FAM.

“Oleh itu, langkah pengasingan pasukan Harimau Malaya daripada polemik dan politik persatuan bagi saya boleh memberikan impak positif kepada pasukan Harimau Malaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ad

“Ianya membolehkan tumpuan khusus barisan pengurusan baru Harimau Malaya hanya kepada kemajuan pasukan Harimau Malaya tanpa perlu terkait dengan prosedur yang tidak fleksibel di dalam persatuan.”

Ad

Zhafri turut menyarankan Artikel 49 Statut FAM 2023 dipinda. Ini kerana pindaan artikel berkenaan bukan saja memastikan peralihan struktur pengurusan baru Harimau Malaya berjalan lancar.

Ad

Malah, ini turut memastikan peralihan tersebut mematuhi Statut FAM dan tidak mencetuskan kekeliruan di kemudian hari.

“CEO Harimau Malaya tidak akan masuk campur dalam urusan pentadbiran FAM dan beliau boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kejayaan atau kegagalan Harimau Malaya selepas ini,” tambahnya.

“Ianya mirip kepada peranan pengurus kelab di Liga Perdana Inggeris di mana keputusan pasukan yang tidak bagus boleh menyebabkan beliau dipecat serta-merta tanpa perlu mendapat kelulusan kongres persatuan.”

Friend bakal memulakan tugasnya secara rasmi di Wisma FAM pada Januari ini.