Zikri Khalili: Perjuangan Ini Untuk Nidzam Jamil
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain pertahanan muda Selangor, Zikri Khalili yakin satu pasukan akan meneruskan perjuangan dan memberikan yang terbaik demi jurulatih Selangor, Nidzam Jamil.

Pemain berusia 21 tahun itu menjelaskan pasukan sedang bekerja keras mencari keserasian di antara satu sama lain menjelang permulaan musim.

“Kami sedang berusaha keras untuk memantapkan lagi persefahaman di antara satu sama lain menjelang permulaan musim.”

Advertisements

Kami turut bersedih dengan berita pemergian ayahanda Coach Nidzam baru-baru ini dan saya yakin satu pasukan akan teruskan perjuangan di sini seratus peratus untuk beliau,” katanya di laman media sosial Instagram Selangorfc.

Selangor yang baru sahaja menewaskan satu kelab daripada Thailand, Samut Prakan dengan keputusan 6-0 dalam aksi pra-musim di Thailand.

Ini merupakan salah satu persiapan Selangor bagi menguji kemampuan pasukan bagi mengharungi musim baru Liga Super yang bakal berlangsung pada Mei ini.

Advertisements

Kemenangan untuk permulaan kempen pra-musim semalam dijangka menyuntik semangat Merah Kuning untuk mengekalkan kemenangan pada pra-musim yang seterusnya di Thailand nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram