12 Pemain Tinggalkan Terengganu
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Selepas berjaya layak ke final Piala Malaysia 2023, Terengganu FC mula membuat rombakan bagi membina skuad yang lebih mantap pada musim hadapan.

Atas sebab itu, pengurusan skuad Peteh mengumumkan 12 orang pemain tidak akan bersama mereka untuk musim 2024-2025.

12 pemain ini ialah Adib Zainuddin, Azarul Nazarith, Rahmat Makasuf, Habib Haroon, Liridon Krasniqi, Jordan Mintah, Adisak Kraisorn, Omid Nazari, Sardor Kulmatov, Mohamad Shafawi, Fazli Ghazali dan Sony Norde.

Advertisements

Keputusan ini dibuat bukan saja memberi ruang kepada jurulatih, Tomislav Steinbruckner membina skuad yang lebih mantap.

Malah, ini juga bertepatan dengan langkah Terengganu untuk mengawal perbelanjaan mereka memandangkan musim 2024-2025 lebih panjang daripada musim 2023.

Daripada 12 pemain, dua merupakan pemain yang dipinjamkan ke pasukan lain musim lepas iaitu Azarul Nazarith dan Rahmat Makasuf.

Advertisements

Azarul dipinjamkan ke Kelantan United FC semasa tetingkap kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M). Sementara Rahmat pula menghabiskan musim 2023 secara pinjaman di Penang FC.

Sementara enam lagi merupakan pemain import iaitu Mintah, Adisak, Habib, Kulmatov, Norde dan Nazari. Khidmat Liridon juga tidak dikekalkan selepas kontrak beliau selama sebulan dengan Terengganu tidak disambung.

Sementara Adib, Shafawi dan Fazli pula merupakan pemain simpanan untuk skuad Peteh musim ini. Fazli juga merupakan penyerang buat Terengganu FC II yang dibimbing Hairuddin Omar.

Advertisements

Terengganu sudah mengorak langkah awal dengan membawa masuk Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Selain itu, mereka juga dilaporkan bakal mengekalkan khidmat Azam Azmi Murad secara pinjaman untuk musim hadapan selepas bek kanan berusia 22 tahun itu melengkapkan perpindahan ke JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram