14 Venue Sediakan Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia vs Vietnam
MakanBola
Malaysia NT

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayangan skrin besar di 14 lokasi terpilih untuk penyokong bola sepak menonton perlawanan Malaysia dan Vietnam.

Tayangan perlawanan di skrin besar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meningkatkan lagi sokongan rakyat Malaysia kepada Harimau Malaya.

Skuad kebangsaan yang dibimbing Peter Cklamovski bakal berentap dengan Pahlawan Bintang Emas di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Jun ini.

Selepas berjaya menewaskan Nepal pada Mac lalu, Harimau Malaya berharap dapat meraih kemenangan kedua dalam kempen kelayakan Piala Asia 2027.

Berikut senarai lokasi tayangan skrin besar yang disediakan oleh pihak KBS dan JBSN:

  1. D’Belia Waterfront, Merlimau
  2. Laman MBPJ, Petaling Jaya
  3. Dataran Nilai, Negeri Sembilan
  4. Ngepot Cabin, Kluang
  5. Dewan Terbuka Ngah Sagor, Parit
  6. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  7. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban
  8. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar
  9. Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu
  10. Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, Kuantan
  11. Kolej Kediaman Taman Bendahara, UMK Kampus Kota, Kota Bharu
  12. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, Putatan
  13. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching
  14. Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan

Aksi kali ini lebih menarik kerana beberapa pemain baharu negara berpeluang membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya.

Antara pemain baharu Malaysia yang berpeluang berbuat demikian ialah Imanol Machuca, Facundo Garces dan Jon Irazabal.