2 Wasiat Brad Maloney Hadapi Singapura
Dunia
@Bradleymaloney
Advertisements

Bek kanan pasukan kebangsaan, Muhammad Safwan Mazlan mendedahkan dua pesanan pengendali skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney sebelum berdepan pasukan Singapura.

Malaysia telah dijadualkan bertemu Singapura bagi aksi ketiga saingan Kumpulan B Sukan SEA Hanoi hari ini. Perlawanan hari ini bakal menjadi penentu memastikan slot ke separuh akhir diraih skuad negara.

Sementara itu, Brad Maloney turut meninggalkan pesanan penting buat anak buahnya supaya mempamerkan prestasi yang cemerlang berbanding perlawanan sebelum walaupun kemenangan memihak kepada skuad Malaysia.

Advertisements

Selain itu, beliau mengingatkan kelemahan yang ada pada pasukan haruslah diperbaiki bagi memastikan matlamat memburu tiga mata selepas ini bakal tercapai.

“Selain itu jurulatih turut mengingatkan kami beraksi lebih baik berbanding dua perlawanan terdahulu serta dapat memperbaiki kelemahan yang ada bagi memastikan misi memburu tiga mata berhasil.”

Advertisements

“Kami menyahut cabaran Maloney kerana sasaran pasukan adalah untuk menduduki tempat teratas Kumpulan B walaupun sedar kedudukan itu masih terbuka kepada lima pasukan dalam kumpulan,” katanya kepada Harian Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram