3 Gol Pantas Pastikan Kawasaki Frontale Jerat Avispa Fukuoka
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan gergasi J1 League, Kawasaki Frontale mempamerkan kebangkitan hebat selepas membenam Avispa Fukuoka dalam aksi ke-30 liga.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Todoroki Athletics itu menyaksikan Kawasaki cuba bermula dengan serangan awal untuk mencari gol awal.

Usaha gigih itu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain sayap sensasi, Yusuke Segawa meledak gol pembukaan perlawanan hasil percubaan kapten pasukan, Kento Tachibanada yang terbias pada minit ke-20.

Kelebihan itu tidak bertahan lama selepas Douglas Grolli menyamakan kedudukan dan membawa kepada keputusan terikat 1-1 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah dikejutkan apabila Avispa meledak gol kedua menerusi percubaan cantik Yuya Yamagishi pada minit ke-66 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Ketika impian Kawasaki seakan terhalang, dua gol lewat oleh Yu Kobayashi dan juga Daiya Toni mengesahkan kemenangan dramatik pasukan sebelum satu lagi gol Kawasaki Frontale memastikan keputusan berakhir dengan 4-2.

Kawasaki akan terbang ke Thailand bagi mengharungi aksi ketiga Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan BG Pathum United pada 24 Oktober 2023.