Kawasaki Frontale Hampir Pasti Ke ACL Musim Hadapan
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab elit Liga Jepun, Kawasaki Frontale hampir pasti untuk mengukuhkan tempat ke Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim hadapan.

Lawan kepada wakil Malaysia di Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) itu telah merekodkan dua kemenangan pada peringkat Kumpulan l selepas menundukkan JDT dan Ulsan Hyundai baru-baru ini.

Advertisements

Sungguhpun pasukan bimbingan Toru Oniki melalui detik yang agak mencabar dalam liga selepas berada pada kedudukan ke-10 ketika ini, mereka berpeluang untuk layak ke Asia dengan kaedah lain.

Kawasaki Frontale berpeluang untuk mara ke ACL musim 24/25 selepas pasukan itu berjaya ke final Piala Maharaja (Emperor’s Cup) selepas menewaskan Avispa Fukuoka.

Advertisements

Kawasaki Frontale berpesta gol di laman sendiri apabila berjaya meledak 4 gol untuk mengesahkan tempat ke final.

Jaringan pembukaan oleh Kazuya Yamamura menjadi detik permulaan untuk pasukan beraksi cemerlang dengan tiga jaringan disusuli oleh kapten pasukan, Kento Tachibanada (minit 53), Marchinho (minit 70) dan juga Leandro Damiao pada akhir permainan untuk meraih kemenangan penting.

Advertisements

Kemenangan ini menyaksikan mereka berpeluang untuk ke ACL musim hadapan sekiranya menang berdepan Kashiwa Reysol pada 9 Disember nanti.

Berdasarkan slot AFC Champions League Elite musim 2024, Jepun diberikan 3 kuota dengan pemenang Emperor’s Cup bakal layak secara automatik ke kejohanan berprestij Asia tersebut.

Advertisements

Kawasaki Frontale kini dalam momentum terbaik selepas merekodkan dua kemenangan di ACL untuk mengesahkan slot ke pusingan berikutnya.

News Comments Account