Advertising
3 Negara Digantung Beraksi Di Piala Dunia 2026
MakanBola
AFC

Tiga negara tidak berpeluang beraksi dalam saingan Piala Dunia 2026 kerana berdepan penggantungan FIFA.

Tiga negara yang dimaksudkan ialah Russia, Pakistan dan Congo. Russia atau lebih tepat Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) masih lagi digantung FIFA dan UEFA daripada menyertai sebarang pertandingan sehingga Piala Dunia 2026.

Ad

Russia dikenakan penggantungan susulan tindakan negara itu menceroboh Ukraine pada awal tahun 2022.

Ad

Keputusan ini menyaksikan pasukan bola sepak lelaki dan wanita bukan saja tidak dibenarkan menyertai kejohanan anjuran FIFA dan UEFA.

Malah, kelab-kelab Russia juga disekat daripada beraksi dalam saingan anjuran UEFA termasuk Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Ad

Kini, giliran Pakistan dan Congo pula yang berdepan penggantungan FIFA. Persekutuan Bola Sepak Pakistan (PFF) digantung selepas gagal menggunakan perlembagaan yang disemak untuk proses pemilihan yang bersifat telus dan adil.

Ad

Penggantungan PFF hanya akan ditamatkan sekiranya perlembagaan yang disemak FIFA dan AFC telah mendapat kelulusan kongres badan induk itu.

Ad

Persatuan Bola Sepak Congo (FECOFOOT) pula digantung selepas FIFA dan badan induk bola sepak Afrika, CAF mendapati wujud campur tangan pihak ketiga ke atas persatuan itu.

Justeru, FIFA memaklumkan penggantungan ke atas FECOFOOT akan ditarik balik sekiranya semua bentuk campur tangan pihak ketiga ke atas badan tersebut dihentikan.

Ini termasuk mengembalikan kawalan ibu pejabat FECOFOOT kepada persatuan tersebut dan menghentikan usaha menukar figura yang bertanggungjawab menjaga akaun FECOFOOT.

Situasi yang membelenggu Pakistan menyebabkan Kemboja berpotensi menggantikan pasukan Asia Selatan itu untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.