3 Pasukan Sah Mara Ke Pusingan Kalah Mati ACL
ACL
JST
Advertisements

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-24 menyaksikan tiga pasukan dari Zon Timur mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Footy Rankings mendedahkan tiga pasukan tersebut ialah Kawasaki Frontale, Bangkok United dan Pohang Steelers.

Frontale sudah dijangka layak ke pusingan seterusnya selepas mengekalkan rekod 100% kemenangan dalam Kumpulan I.

Advertisements

Ini termasuk kejayaan mengalahkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Selasa lepas. Ini membantu mereka mengumpul 15 mata daripada lima perlawanan.

Koleksi mata sama turut diraih wakil K-League 1, Pohang Steelers selepas meraih lima kemenangan daripada lima perlawanan Kumpulan J.

Advertisements

Bangkok United memastikan mereka layak selepas mengutip kemenangan ke atas Lion City Sailors semalam. Mereka menang empat daripada lima perlawanan Kumpulan F.

Kini, ada baki lima tiket kelayakan ke pusingan seterusnya iaitu juara Kumpulan G dan Kumpulan H serta tiga pasukan tempat kedua terbaik.

Advertisements

Shandong Taishan dijangka mara dengan syarat menang atau seri dalam aksi terakhir Kumpulan G. Manakala pertarungan juara Kumpulan H masih terbuka membabitkan Ventforet Kofu dan Melbourne City.

Ulsan berharap dapat mengintai peluang layak ke pusingan seterusnya dengan mengisi slot pasukan tempat kedua terbaik.

Advertisements

Selain juara K-League 1 itu, dua wakil Korea Selatan lain iaitu Jeonbuk Hyundai Motors dan Incheon United juga berada dalam slot pasukan tempat kedua terbaik.

Ketiga-tiga pasukan ini perlu menang dalam aksi terakhir kumpulan masing-masing jika mahu mengekalkan kedudukan sebagai pasukan tempat kedua terbaik Zon Timur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram