3 Pemain Berstatus Bintang Bakal Tinggalkan PSG
Dunia
MakanBola
PSG
Advertisements

Tiga pemain berstatus bintang akan meninggalkan Paris Saint-German (PSG) pada musim ini. Pemain tersebut ialah Kylian Mbbape, Neymar da Silva Santos dan Marco Verrati.

Sejak kehadiran jurulatih baharu, Luis Enrique dilihat melakukan sedikit perubahan dari segi pemilihan pemain.

Advertisements

Perlawanan pertama saingan Ligue 1 akan bermula pagi ini, ketiga pemain tersebut telah dikeluarkan dalam skuad mengikut keputusan yang dibuat oleh Luis Enrique.

Menurut perkongsian wartawan Eropah terkenal, Fabrizio Romano, kenyataan daripada jurulatih berusia 31 tahun ini boleh dikatakan mereka bertiga tiada dalam perancangan beliau atas sebab-sebab tertentu.

Advertisements

Kylian Mbappe ketika ini masih untuk dijual kerana beliau sah tiada dalam project Luis Enrique, sementara itu, Neymar kini dalam fasa perbincangan untuk berpisah dan Marco Veratti pula, difahamkan beliau sedia berpindah ke Arab Saudi namun masih di fasa perebutan antara kelab di sana.

Advertisements

Kemasukan pemain-pemain baharu ke PSG pada musim ini antaranya ialah Lucas Hernandez (Bayern Munich), Lee Kang in (Mallorca), Goncalo Ramos (Benfica) dan sebentar sahaja tadi Ousmane Dembele (Barcelona).

News Comments Account