3 Pemain Tunjang Harimau Malaya Yang Disisih Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan barisan 30 orang pemain yang bakal dibawa oleh Kim Pan-gon bagi menghadapi perlawanan persahabatan yang dijadualkan berlangsung di Singapura hujung bulan ini.

Jurulatih kelahiran Korea Selatan ini mengekalkan 15 orang pemain daripada jumlah keseluruhan 24 orang pemain yang dibawa ke kejohanan Piala AFF sementara beberapa muka baharu turut dipanggil bagi membentuk skuad yang lebih ampuh.

Prospek muda berbakat seperti Hong Wan, Arif Aiman, Ramadhan Saifullah turut dibawa selain nama-nama seperti Rahadiazli dan juga Luqman Hakim berjaya menambat barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya.

Advertisements

Namun begitu, terdapat beberapa pemain utama yang menjadi taruhan jurulatih terdahulu, Tan Cheng Hoe tidak mendapat tempat dalam perancangan jurulatih berusia 52 tahun itu.

1.Baddrol Bakhtiar

Perancang tengah berpengalaman ini merupakan penjaring tempatan terbanyak di Liga Super musim lalu. Prestasi memukaunya telah membawa pemain berusia 34 tahun itu ke dalam pasukan kendalian Tan Cheng Hoe.

Advertisements

Beliau menjadi tunjang utama pasukan apabila beraksi dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan selaku perancang tengah pasukan.

Penghijrahan lagenda Kedah ini ke pasukan Sabah FC tidak mengganggu rentak permainannya apabila terus beraksi dengan baik selain menjadi kunci kemenangan ke atas pasukan PJ City baru-baru ini.

Namun begitu, Pan-gon dilihat mahu menggunakan khidmat bekas kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim untuk mengemudi bahagian tengah pasukan.

Advertisements

2. Khairul Fahmi Che Mat

Bekas penjaga gol Melaka United ini merupakan salah seorang penjaga gol yang beraksi cemerlang musim lalu. Kematangan dan konsistensi pemain yang mesra disapa Apek ini telah membantu pasukan untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Bukan itu sahaja, beliau yang merupakan antara penjaga gol berpengalaman yang dimiliki Malaysia apabila terus kekal mengemudi benteng terakhir pasukan buat edisi keenam di Piala AFF.

Advertisements

Khidmat penjaga gol berusia 33 tahun ini tidak lagi dipertaruhkan setelah Pan-gon memutuskan untuk membawa semula Farizal Marlias dan juga Khairul Azhan selain penjaga gol muda Terengganu FC, Rahadiazli dan juga Kalamullah Al-Hafiz mendapat tempat dalam skuad kali ini.

3. Guilherme De Paula

Penyerang naturalisasi negara ini secara hakikatnya tidak mencapai jangkaan yang dimahukan oleh peminat bola sepak tempatan.

Pemain berusia 35 tahun ini merupakan antara sebahagian daripada pasukan JDT yang menjulang Liga Super buat musim kelapan berturut-turut.

Sungguhpun begitu, khidmatnya bersama pasukan kebangsaan tidak begitu memberangsangkan bermula daripada Kelayakan Piala Asia sebelum ini hinggalah ke pentas Piala AFF Suzuki yang menyaksikan Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan.

Walaupun berjaya mencetak 4 gol dalam kempen liga musim lalu, persembahan De Paula masih tidak memadai untuk Pan-gon mempertaruhkannya di barisan serangan negara.

Pan-gon dijangka menggunakan khidmat Syafiq Ahmad selain nama seperti Darren Lok dan juga Luqman Hakim turut berada dalam pasukan.

Para pemain akan melaporkan diri di sebuah hotel di sini pada 14 Mac dan dijadualkan untuk berlatih di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk lapan hari, sebelum berlepas ke Singapura pada 22 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram