3 Pesan Nafuzi Hadapi NSFC
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menuntut anak buahnya untuk memperagakan aksi terpuji dalam perlawanan menentang Negeri Sembilan bagi aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam esok.

Pengendali yang berusia 44 tahun itu mengakui Negeri Sembilan merupakan sebuah pasukan yang sedang berada pada prestasi terbaik. Beliau yakin anak buah kendalian K. Devan bakal meneruskan momentum terbaik mereka untuk menewaskan Terengganu.

“Prestasi pasukan lawan dalam saingan Liga Super cukup baik tanpa sebarang kekalahan daripada lima perlawanan, jadi saya jangkakan aksi sengit terutama peringkat kalah mati ini.”

Advertisements

Nafuzi mengingatkan para pemainnya untuk sentiasa fokus dan jangan sesekali benarkan pasukan lawan mendominasi perlawanan. Tambahnya lagi, dua ayam tambatan skuad jang, Mathieus Alves dan Adetu Kossi perlu dikawal ketat daripada bergerak bebas.

“Jadi, saya ingatkan pemain agar tidak membiarkan lawan mendominasi permainan dan kedua, perlu menyekat pergerakan dua pemain import mereka iaitu Mathieus Alves dan Adetu Kossi daripada bergerak bebas terutama dalam kawasan penalti.”

Nafuzi Zain dalam pada itu mengharapkan para pemain dapat memanfaatkan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah. Beliau yakin anak buahnya akan bermain bermati-matian dalam memastikan kemenangan milik pasukan.

Advertisements

“Selain itu, pemain perlu menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri di depan ribuan peminat setia dengan persembahan terbaik untuk memastikan kemenangan,” kata Nafuzi ketika ditemui Harian Metro pada sesi latihan, kelmarin.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram