ASEAN All-Stars bakal diperkuatkan dengan kehadiran empat bintang Australia untuk aksi menentang Manchester United.
Sebelum ini, pemain pertahanan Incheon United, Harrison Delbridge dipanggil untuk memantapkan barisan pertahanan pasukan itu.
Kini, Persatuan Bola Sepak Australia (FA) memaklumkan tiga lagi nama telah dipanggil AFF untuk barisan pemain ASEAN All-Stars.
Tiga pemain tersebut ialah Adrian Segecic (Sydney FC), Yaya Dukuly (Adelaide United) dan Kealey Adamson (Macarthur FC).
Mereka menyertai barisan pemain ASEAN lain yang menjadi sebahagian daripada skuad ASEAN All-Stars. Antaranya Azam Azmi Murad, Irfan Fandi dan Joao Pedro.
Pengendali ASEAN All-Stars, Kim Sang-sik berpeluang memanggil pemain-pemain Australia kerana FA merupakan sebahagian daripada ahli Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
ASEAN All-Stars akan menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 28 Mei.